TRIP SANTAI GERIK

Pada 9 Mei 2008 ( Jumaat ), ahli-ahli SA telah sepakat mengatur satu trip ke sebuah pekan kecil Hulu Perak iaitu pekan Gerik. Ahli-ahli SA iaitu Xjio Decapo, Keyrulhazman, Jat Usharline dan Kron Bokkai mula bertolak ke Gerik seawal jam 5 pagi... Untuk trip kali ini yang dicadangkan dengan kalutnya oleh Jat Usharline kami tidak merancang untuk menyewa bot kerana lebih kepada trip santai yang tidak diatur dengan rapi... sekadar memancing sambil berehat menikmati keindahan alam..Bagi persediaan umpan , kami menggunakan ubi kayu parut yang diperam selama 2 malam dan dicampur dengan ramuan rahsia bagi menduga spesis Tengalan ( Puntius Bulu ) Sungai Perak.Anak-anak udang juga dibawa sebagai persediaan memancing anak-anak kalui...Seterusnya kita akan lihat pada gambar yang telah diambil untuk tatapan pengunjung...



5.30 am....Pagi yang dingin, aku, jat usharline, zul xjio dan kron membelah kedinginan pagi yang menusuk tulang hitam.... zul xjio kata dia tak pernah lagi rasa sejuk ke tulang hitam macam pagi ni...



Tiba di Gerik lingkungan jam 7.00 pagi.. tengok penanda gerik ni rasa macam dekat hollywood la pulak...



Menuju lokasi pertama kami..simpang ke Kg. Air Ganda... ke sungai port lama aku bagi menduga tengalan.... tah ada lagi ke tak ada tengalan kat sini...



Air sungai cukup cantik pagi ni... sesuai untuk mancing...alhamdulillah... dan kami pun mulalah mancing dengan bersemangat.... kelibat belida besar menangkap bermain air begitu banyak kelihatan di sungai ini...Silap pulak rasanya kerana untuk trip kali ini kami tidak membawa anak ikan sebagai umpan memancing belida... Besar2 belida di sini kerana ia bukan merupakan ikan kegemaran penduduk tempatan.





Ikan lampam pertama dinaikkan...


Kami memancing lingkungan 3 jam ... ...dapat 3 ekor aje buat penambah semangat... seekor lampam dan 2 ekor tengalan berskala 400g dengan umpan ubi kayu parut masam.


Memang power umpan ubi kayu masam ni...



Kami turun memancing di bawah jambatan kerana ingin menduga ikan belida yang kerap bermain air... cubaan kami mendapatkan anak ikan lampam sebagai umpan hidup gagal dan kami bercadang turun semula ke pekan gerik bagi membeli anak ikan kap di kedai akuarium kira-kira jam 10.30 pagi.



Dalam perjalanan kami singgah di pekan Gerik untuk melihat spesis ikan air tawar yang dijual di pasar besar Gerik.. Bermacam jenis ikan ada, dari spesis loma hingga toman yang masih hidup... Nasib baik tak bawak tong ais besar..


Air sungai dah keruh ?????



Setelah mendapatkan umpan, kami kembali semula ke port tadi tetapi kecewa kerana air mula bergerak laju dan keruh... rupanya air di empangan telah dilepaskan... harapan kami mendaratkan lebih banyak belida dan tengalan terkubur begitu saja...



Wajah-wajah kami yang begitu kecewa setelah keadaan air bertukar dan membantutkan semangat kami untuk memancing... tiada lagi ragutan2 yang dinanti dari penghuni bawah air...



Dengan perasaan kecewa kami mengemaskan alatan pancing dan bekalan makanan yang dibawa untuk menuju ke port lain iaitu Tasik Bersia selepas solat Jumaat...



Inilah yang dikatakan santai nih... dalam perjalanan kami mandi-manda di sebuah punca air mineral berhampiran Kg. Air Ganda dikenali sebagai Air Tarong oleh penduduk setempat ... airnya sungguh sejuk, jernih dan bersih...


Kereta Rasmi Snakehead Angler...ehehe sangat sesuai untuk kegunaan lasak !!!!!


Pewwwwwiiiiittttttttttttttt...... machonya abang Xjio...mascot rasmi SA !!!!
Ahahahahahahaa !!!!!!!



Selesai aje solat Jumaat kami bergegas ke Tasik Bersia sebagai salah satu sesi lawatan kami ke sini... cuma meninjau kawasan sekitar bagi melapangkan fikiran...semasa bertolak hujan turun dengan lebatnya pulak..




Sampai aje hujan dah mula berhenti... kami cuba-cubalah juga casting membabi buta di sini untuk melepas gian memancing yang terbantut tadi... hasilnya kumpau.


Selesai acara casting kami naik ke atas lagi hingga ke stesen janakuasa hidro Bersia... menyedut udara nyaman di situ..





Kami merancang untuk memancing kalui di laluan ke jeti TNB tetapi rancangan tersebut terbatal apabila terjumpa lubuk di seberang jalan yang dirasakan berpotensi menjejak spesis kepala ular seperti bujuk dan haruan.


Nak pancing haruan terus jadi mancing tilapia....



Lubuk yang dirasakan berpotensi untuk menjejak spesis snakehead berubah menjadi medan menaikkan tilapia merah yang mendominasi kawasan tersebut...terus kami terlupa dengan plan asal memancing kalui...Kami terus memancing di sini sehingga lewat petang berumpankan anak udang yang pada mulanya nak dijadikan umpan menjinakkan kalui..Walaupun begitu kami tetap gembira dengan trip kali ini tanpa seorang pun yang kumpau...yang penting kami dapat santai di sini dengan gembira walaupun dengan hasil yang sederhana...
SANTAI ABISSSSSSSSSSSS !!!!!!!!

3 comments:

imardy said...

HeNseM La MaSKot SA
NaK BeRKeNaLaN BoLeH?

SNAKEHEAD ANGLER said...

nak no tepon ke???

tenggalan besi said...

tu lubuk ke,kolam orang tinggai? kat bersia tu ada 1 port bole mengai ondawy sebelum hangpa sampai kat port hangpa casting tu.tempat sedut pasir kat bandariang.situ tempat bole tahan,luas dan selesa.tapi kl empang buka,mau berkilo batu habis sebab kuat sangkut.tenggalan dalam 500gm ada,tp makan belah petang