SUKHOI TUAS YAN

Pada 3 Mei 2008 kami telah sepakat turun ke Tuas Yan untuk memburu spesies Tenggiri atau nama panggilannya Sukhoi yang banyak terdapat di sini.

Ahli-ahli trip iaitu Khairulhazman dan Nizar (SA), Pozi (Mahalaut SA), Hazril MRSM, Man IKBN dan Piee Sik telah bergabung tenaga, wang dan masa demi menjayakan trip kali ini dibantu dengan tekong iaitu Tekong Lid dan Tekong Mat Nor.

Lokasi kami kali ini adalah Tuas Tok Arip yang terkenal dengan tenggiri dan juga spesies lain seperti layaran, belitung dan haruan tasik.
Teknik pancingan yang digunakan kami kali ini bagi menduga sukhoi adalah teknik menghanyut umpan hidup[(drifting), casting kembung mati dan juga ladung berbulu ayam...


Surau jeti Kuala Dulang Kecil, walaupun datang seawal 5 pagi, pemancing dapat menunaikan ibadat kepada Allah sebelum bertolak ke laut...


Pagi yang gelap, kami dah bersedia untuk bertolak memburu sukhoi yang dicari-cari.....


Dengan wajah yang masih jambu , kami bertolak menuju Tuas Yan tepat jam 7.00 pagi.... Maka bermulalah pencarian memburu Sukhoi Tuas Yan....





Tiba di tuas umpan .... acara pertama, memancing umpan hidup menggunakan apollo... Ikan umpan yang diburu adalah ikan kembung atau dipanggil anak borek oleh kalangan pemancing di sini. Untuk hari ini tidak banyak ikan kembung hidup yang kami perolehi untuk dijadikan umpan...yang banyaknya adalah ikan pelata... goreng boleh la ikan ni....


Setelah mendapat umpan kembung hidup kira2 sepuluh ekor, kami ke Tuas Tok Arip untuk ke lubuk Sukhoi..... dan akhirnya............. jeng jeng jeng.....



Sukhoi pertama menyambar umpan hidup yang dilabuhkan dengan teknik drifting.... Cukup mendebarkan..rasai debarannya dalam rakaman video seterusnya....


Satu lagi sambaran....dan lagi....dan lagi.........






Hasil pertama teknik drifting.... seekor sukhoi betina seberat 9 kg.... hahahahaha puas ati beb !!!!






Paling kecik, anggaran 700g.


Sukhoi yang menyambar umpan bulu ayam.... teknik karauan laju yang paling meletihkan dalam arena pancingan sukhoi....


Lambat karau naik aje....sukhoi telah putus disambar alu-alu gergasi !!


Anak gerepoh yang juga menggunakan teknik karauan bulu.....




Mahalaut Pozi pun dah pandai posing maut sekarang nih hehehehe.....




Khairul dan Nizar posing dengan ikan... almaklumlah asyik posing ikan jenis snakehead aje...


Keletihan setelah menaikkan sukhoi,.... lena jap !!!!!


Jam 6.00 petang kami tiba ke jeti...





Bergambar dengan sukhoi-sukhoi yang ditewaskan...
Hasil trip kali ini ialah 8 sukhoi, 1 dorado, 1 gerepoh dan 1 kacang.... hasil yang sederhana namun sangat menggembirakan...



Terima kasih kepada tekong Lid & Mat Nor serta Mahalaut Pozi atas tunjuk ajar yang diberikan kepada pemancing beginner seperti kami...
Lepas ni confirm kami turun lagi hahahaha !!!!!!!

RASAKAN KEHEBATAN PERTARUNGAN DENGAN SUKHOI PADA VIDEOCLIP DI BAWAH !!!!!!


Bro KHAIRULHAZMAN sedang berhempas pulas menundukkan sukhoi 9kg yang mengena pancing mahalaut Pozi.. Mahalaut Pozi nak ambik balik pun dia tak kasi dah time tu hahahahhahaahaaaaa !!!!!!!

Kali ini Mahalaut Fozi tak kasi chance lagi.. aku pun nak jugak rasa masuk video katanya hehehe ....

SEKIAN UNTUK KALI INI.... MARVELOUS !!!!!!!

No comments: