REPEAT SEGANTANG GARAM

Trip tergezut kali ini diatur dengan tergezutnya oleh Bro Kerul setelah membilang cuti rehat yang disimpannya untuk dikorbankan untuk trip memancing sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan al Mubarak... Setelah mendapat persetujuan Xjio-Decapo dan Jat_Usharline maka trip tergezut ini dapat dijayakan dengan jayanya...

Lokasi : Segantang Garam
Ahlul : Kerulhazman, Xjio-Decapo, Usharline
Tarikh : 27 Ogos 2008

Bertolak dari rumah jam 6.30 pagi dan terus ke pasar borong untuk membeli umpan ikan kembong dan sotong.
Udang hidup telah dibeli sehari sebelum bertolak oleh Usharline sebanyak 30 ekor .

Kemudian singgah di kedai untuk sarapan pagi. ( Sarapan kami terbantut apabila makcik gerai memarah pekerjanya apabila kami bertanyakan nasi lemak dan pekerjanya menunjukkan diluar ada dijual. Makcik itu marah kerana pekerjanya tidak reti berniaga )... “katanya : Hang nak kena katok ka! Dok pi jaja bokpa kat orang kata nasi lemak ada kat luar gerai bokpa! Dah takdak habaq tak dak sudah la!!!” Apa punya makcik daa... marah depan kami pulak tu, kami pun order roti canai kedai sebelah, pastu makan dan terus beredar dari situ. (Pengajaran : Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Badan Binasa) ...Kami tobat dah lepas nie tak pi makan kat kedai tu dah. Mujur tempat orang, kalau tempat kami.....

Selesai ja makan kami pun terus beredar ke destinasi yang dituju. Kami sampai di jeti kira-kira jam 8.45 pagi. Tepat jam 9.00 pagi kami pon bertolak ke pelantar ikan. Malas untuk taip panjang-panjang, gambar sahaja yang menceritakan trip ini...




Perjalanan dari jeti ke sangkar ikan mengambil masa 5 minit sahaja..



Trade mark sangkar ikan yang menjadi lokasi kami.. TENGKORAK KERBAU BERPUAKA !!!!!!


Antara kemudahan yang disediakan... tidok manyak syiokkk looo.....



Salah satu boathouse pelantar ikan di Segantang Garam..



Acara memancing dimulakan...


Ikan bebaji pertama didaratkan Xjio Dacapo..



Bebaji seterusnya yang memakan umpan seekor kembung..



Usharline dengan duri malim pertama seberat ngam-ngam sekilo...



Xjio turut serta dengan Sarjannya...



Pertarungan hebat antara Xjio Dacapo dan Sarjan Bluekang kedua berakhir dengan kemenangan padanya !!!


Sarjan Belukang 700g kebanggaan Xjio Dacapo...!!!



Sang Botol hak mutlak Jat Usharline..!!!!



Diriku Tapak Sulaiman...



Captain Keyrulhazman dengan ikan yang merangkul kejuaraan trip sangkar kali ini, Sang Malim Kundang seberat 1.6kg...


Bro Xjio berebut mengagihkan ikan masing-masing memandangkan ikan tidak diagih sama banyak untuk dibawa pulang.... (satu untuk kau, satu untuk aku. ....dua untuk kau, dua untuk aku....)


Hasil keseluruhan secara individu...

Ikan terberat keseluruhan disandang oleh bro Keyrulhazman !!!


Ikan terbanyak keseluruhan disandang oleh Bro Xjio Dacapo...



Ikan paling pelik dan mahal... Sang Botol Jat Usharline !!! ...agi idup agi ngelaban!!!!



SA akan repeat buat kali seterusnya ... dijangka ramai yang akan turut serta dalam trip selepas raya insyaalllah !!!

LAPORAN OLEH JAT USHARLINE...dari Bilik Berita KALUTZZ NEWS

2 comments:

AZIZIE said...

nak bluekang banyak atas 3 kilo datang dungun terengganu

AZIZIE said...

NAK BLUEKANG ATAS 3KILO DATANG DUNGUN TEREMGGANU