DENDAM SEGANTANG GARAM - PART I

28/6/2008... SA yang disertai oleh Kapitan Xjio Decapo, Keyrulhazman, Jat Usharline dan Kron Bokkai sekali lagi merancang satu trip ke pelantar sangkar ikan Segantang Garam. Bagi trip kali ini kami sekadar ingin menduga perairan muara yang dikhabarkan hanya mempunyai ikan gelama sahaja oleh seseorang...Takpa kita tengok dulu sapa yang kena...!!!!! Umpan yang digunakan ialah isi kembung segar, sotong cumit dan umpan favourite ikan muara iaitu udang hidup. Berikut adalah gambar-gambar yang akan menceritakan perjalanan trip kami menduga perairan muara Segantang Garam...

Kami bertolak seawal jam 5.00 pagi bagi membeli umpan ikan kembung dan sotong cumit di pasar borong. Udang hidup telah dibeli oleh Jat usharline sebanyak 20 ekor...

Pemandangan indah muara sungai....


Bertolak menuju ke pelantar sangkar ikan... masing-masing berdebar tidak sabar untuk menduga ikan yang terdapat di sana.. !!!!

Pelantar sangkar ikan Segantang Garam... perhatikan lambang kemegahan pelantar ini...TENGKORAK KERBAU !!!! Xjio Dacapo sebagai kapitan kali ini kalam kabut menyiapkan kelengkapan bagi mengungguli gelaran ikan pertama dinaikkan...

Ikan yang dipelihara dalam sangkar nih...berkocak hebat ikan berebut bila kami melontarkan sisa2 tulang ikan ke dalamnya... rasa macam nak letak mata kail ja keh keh keh....!!

Buah mola... Tapak sulaiman skala tapak tangan orang dewasa cukup pantas mencuri umpan yang dilabuhkan... takkan hat ni ja kut....mana gelamanya ?????




...masing-masing bertungkus lumus memburu gelama yang dikatakan menghuni kawasan ini..

Kapitan Xjio melepas dahaga setelah gelama yang dikatakan banyak masih tak kunjung tiba menyentuh umpan kami...

Jat Usharline pun terpaksa mandi bagi menghilangkan panas baran setelah gelama yang dinanti-nanti masih tidak meragut umpan yang dihulurkan...

....sabar ajelah... ikan lom makan lagi....!!!

Akhirnya satu ragutan telah menaikkan semangat kami.... Alamak!!! kerapu la pulak...ingatkan gelama!!!


Jat Usharline dengan satu-satunya ikan Tanda dalam trip kali ini..."ikan mahai oiiii"....... dia dok bising !!!!

Kron bokkai dengan bebaji yang menyambar udang hidup bersaiz separuh dari badannya.... pelahap ikan nih !!!!!

Selepas aje naik bebaji dan kerapu nih...segerombolan ikan gerut-gerut mula menyerbu kawasan ini dan membuatkan kami tak menang tangan melayan ...masa ni tak ade siapa lagi yang sanggup memegang kamera ...masing2 sibuk dengan pancing menaikkan ikan yang sedang galak meragut umpan sotong cumit dan isi kembung yang dihulurkan !!!!

Sedang leka kami melayan tarikan gerut-gerut, joran Kron Bokkai yang dipasang umpan udang hidup membongkok hingga mencecah air... satu sembatan yang menggegarkan pelantar dibuat dan hasilnya...seekor kerapu botol bersaiz 1.5 kg telah berjaya dinaikkan menggunakan gancu hidup..!!!!

Kapitan xjio yang kepingin untuk menaikkan ikan besar bergambar dengan duri pancingan keyrul bagi merasa kegembiraan mendaratkan ikan besar.. heh heh heh...

Saat yang dinantikan oleh kapitan Xjio Dacapo telah tiba... dalam masa-masa kecederaan menunggu bot datang semula mengambil kami balik ke pengkalan, set joran bodoh Kapitan Xjio berumpankan udang hidup bergegar ditarik sesuatu dari bawah air... Sentapan yang dibuat berjaya menganugerahkan Kapitan Xjio Dacapo sebagai Raja Segantang Garam SA kali ini dengan tangkapan ikan Duri Malim @ Temeling yang bersaiz 1.75 kg... tersenyum lebar la beliau kali nih...

Pakat-pakat posing dengan ikan... kasi panas itu mamat yang kata ini tempat confirm dapat gelama saja ahahahaha !!!!!

Hasil kami pada kali ini... Duri malim, kerapu, tanda, gerut-gerut.. dan berjenis2 duri termasuklah belukang, bedukang dan baraukang...heheh... ...gelama????? takdak la pulak...!!!!

Dalam perjalanan balik, Xjio Dacapo masih tersenyum sumbing seorang diri keinzalan menjadi Raja Segantang Garam SA kali ini...

Keseluruhan hasil ikan pancingan yang disusun semula di rumah Jat Usharline untuk dibahagi sama rata... Memandangkan Kerapu dan Duri Malim besar dinaikkan oleh pemancing TB, maka ikan2 tadi diberi hak mutlak milik tuan punya ikan untuk ditunjuk sebagai bukti kepada bini masing-masing....akai nak mintak lesen lagi la !!!!....

Yang menjadi tanda tanya ???? MANA GELAMANYA MAIL ??????? KAH KAH KAH !!!!

2 comments:

taK$uB II said...

abg yg pakar dlm mmncing tumpang tanya bleh???.... camna nak pi tempat tu, bot nak naik kat mana? bapa ringgit kena bayaq? saya org gila mancing tapi xprnah dapat ikan besaq2....mahaguruu,bantuin gua!!!

matzul said...

abang2 yg power, sy mohon utk nak dapatkan no. contact yg buleh dihubungi sekiranya kami nak mengunjung di segantang garam tersebut.