SANTAI KUALA TUNJANG

ISNIN 19 MEI 2008
Sempena cuti Hari Wesak Snakehead Angler sekali lagi berkumpul bagi menduga spesis bulan/tarpon yang dikatakan berkampung di sungai berair payau sekitar Kuala Tunjang.
Seawal jam 6.45 pagi bro Xjio decapo bergegas sebagai drebar utama SA pada hari ini mengutip Keyrul, Kron Bokkai dan Semail Tarpon Alor di rumah masing-masing



Kami tiba di sana lebih kurang jam 7.20 pagi disebabkan Xjio Decapo memecut laju disebabkan tidak sabar lagi untuk menduga spesis tarpon yang galak menyambar umpan pada awal pagi.
Kami sempat bersarapan di warung mamak bagi mengisi perut yang berkeroncong setelah segala isi perut semalam habis dibuang seawal jam 6.00 pagi tadi kih kih kih....


Sampai aje di sana bro Xjio dengan tamaknya bergegas mengeluarkan segala kelengkapan senjata begi menewaskan bulan yang menangkap di muka air dengan tidak berhenti-henti.





Hasil pertama bro Xjio yang hanya didapati setelah beliau menukar bajunya bagi mengelakkan kekotoran dari lumut yang dinaikkan bersama mata kail.. Kalau tak tukar baju gamaknya kumpau sampai ke petang la kutt !!!!!



Jat ranggi yang kumpau tarpon terpaksa menukar strategi bagi mengelak diketawakan Xjio yang begitu bangga dengan tarpon sulungnya tadi.. " Nasib baik aku pun dapat ruan ni.... hitam pun hitamlah...."



Haruan yang begitu hitam sekali memakan spinner berumpankan katak !!!!



Semail tarpon yang bergaya dengan ikan kepunyaan Xjio dan Jat Usharline. Bergaya walaupun kumpau. Tengok aksi Mail ni macam sapa yer.... (Abang angkat kesayangan dia dulu-dulu...)



Begitu bangga sekali dengan tarpon yang diperolehi sehingga sanggup menggigit joran yang dibasahi air sungai yang berlumpur.



Haruan yang dijerat dengan spinner berumpankan katak... 2 ekor telah disedekahkan kepada seorang pakcik yang lalu di situ mencari haruan untuk anaknya yang baru melahirkan anak.



Setelah matahari mula memancar terik kira2 jam 11.30 pagi, kami mula mencari alternatif lain bagi mengisi trip santai kali ini... Sasaran kami adalah tali air berhampiran jeti Kuala Tunjang bagi menjalankan aktiviti menjala.
Berbekalkan 3 rawan jala yang dibawa Keyrul, Kron dan Semail Tarpon, kami bergilir-gilir test power masing-masing bagi memerangkap spesis ikan seperti belanak, kitang, belukor ubi dan gelama. Udang galah dan ketam juga terperangkap sebagai hasil jalaan kami hari itu.



Antara aksi yang dipamerkan ahlil-ahlil SA bagi menunjukkan ketereran skil menjala masing-masing.







Bro Xjio Decapo beruntung kali ini kerana mendapat ilmu menjala secara percuma.. Selamat Hari Guru ahahaha...






Jat Usharline dengan wajah kelemasan berjaya menaikkan ikan kitang setelah hampir lemas menyelam kerana jala tersangkut pada batu di dasaran.




Dengan penuh rangginya memaksa Kron Bokkai membuang ikan yang terlekat pada jala...
" OOOiiihhh aku dah nak lemas menjala hang la pulak buang ikan nih....dok saja nak buatpa !!! "







Hasil-hasil menjala pada hari ini... belanak, belukur ubi, udang galah, kitang, lampam, ketutu, anak bilis dll.



Sejenis timun laut yang dipanggil bronok/beronok juga banyak terdapat di sini..
Asal baling jala aje mesti sangkut 4-5 ekor dalam jala.. disebabkan kami tidak pernah memperolehi spesis ini kami tidak berniat mengambilnya.. semuanya dilepaskan kembali ke dalam laut.













Sebelum pulang kami singgah di sebuah kedai akuarium bagi membeli ikan guppy albino yang dijual di situ.... " Pokcik kayooooooo..." kata tokey kedai...

2 comments:

imardy said...

Pandai hang buat karangan noh... macam-macam cerita dok ada...

xjio7880 said...

besa laaa penglipur lara....kalau nak soh boh dikir darat pon leh gak...jadik tukang karut....ahahaha..apapun taniah roy-man