RAMPASAN KUASA WANG TEPUS


SABTU 17 MEI 2008
SNAKEHEAD ANGLER telah membuat satu lagi pertemuan silaturrahim antara ahlil-ahlil kelab. Kali ini kami mengambil pendekatan baru iaitu mengadakan mini competition yang menawarkan hadiah yang agak menarik bagi menaikkan semangat kami mencari hasil pancingan hingga tamat masa memancing.



Pertemuan SA kali ini dihadiri oleh Bro Keyrulhazman, Jat Usharline, Semail Toman Alor dan Zul
Xjio Decapo yang membawa matakail dan jampi serapah hikmat masing-masing bagi merebut Gelaran Raja Wang Tepus selain gelaran Raja Kumpau yang sedaya upaya dihindari bagi mengelakkan kesakitan cuping telinga dikutuk sesama rakan.






Hadiah yang dipertaruhkan, Gewang Strike Pro yang merupakan last stock kedai Kepala Batas menggantikan Yozuri Slavko Bug yang disailang Pemancing Misteri.



Umpan dedak bom ramuan rahsia Snakehead Angler... ( Dedak ayam, tepung gandum, air ... bla bla bla )


Xjio Decapo, Mail Toman Aloq dan Keyrul berebut-rebut memacak pancang untuk melabuhkan pancing bagi merebut kejuaraan...



Santai sambil memancing...



Otai kecik Wang Tepus, adik Mustakim yang turut sama memancing bersama SA... bakal penyambung generasi pemancing Daerah Kubang Pasu dan Padang Terap.





Memandang bro keyrul memasang umpan dengan penuh rasa keotaian....


Seperti biasa, Bro keyrul menaikkan ikan pertama dengan senyuman riak...ahahahaha.. !!! Seekor kenying yang sedap dimasak asam pedas.



Semail Toman Aloq dengan bangganya menayangkan double strike Lampam sungai kepada ahlil yang masih kumpau...


Jat Usharline dengan tilan yang mengungguli carta Ikan Terberat kali ini.... mana aci..pakai 5 ekoq cacing kat mata bom..menyalahi peraturan pertandingan.... takpa kita kasi chance !!!!!!!



Bro Xjio Decapo tersenyum kelat ketika ditanya tentang kekumpauan yang melanda dirinya semenjak dua menjak memancing bersama SA .. " Aku pun taktau pasai pa jadi macam ni... nak kata tak semayang Subuh aku dah buat, siap doa dan wirid panjang lagi... Mau kumpau jugak kali ni aku tobat dah tak mengail lagi ngan hangpa.. MUKTAMAD !!!!!! " Ahahaha kesian !!!!!



" Aku rasa ada orang yang dengki dan mandrem aku bagi kumpau nih...takpa balik sakgi aku tanya abang Din suruh dia menengok sapa dok sakit ati kat aku... !!!! " Nasib baiklah abang Xjio kita dapat jugak selat 2 ekoq bagi mengelakkan dirinya digelar Raja Kumpau pada saat-saat akhir.



Hasil yang kami perolehi setelah berhempas pulas berusaha menyandang gelaran juara.

5 ekor Selat
6 ekor Kenying/Ngengger
4 ekor Lampam Jawa
1 ekor Temperas
1 ekor Tilan



Sesi penyampaian hadiah kepada Jat Usharline yang menyandang gelaran Raja Wang Tepus SA kali ini.. TAHNIAH DARI AHLIL-AHLIL SNAKEHEAD ANGLER.
Kernyih tak abis laaa....




Selesai aje sesi penyampaian hadiah, kami memecut pulang pada kelajuan 180kmj untuk menunaikan kewajipan ...hari Jumaat daaaaa....
Berjumpa lagi SA...trip lain pulak !!!!

2 comments:

imardy said...

Huhuhu... Raja Kumpau kena mandrem ngan sapa ntah.... Kesian....

xjio7880 said...

cuihhh sabotaj....