TASIK PAYA PAHLAWAN


12 Februari 2008

SA berkumpul lagi di Tasik Paya Pahlawan bagi menduga spesis Rohu yang dikatakan banyak mendominasi sekitar tasik ini. Tepat jam 8 pagi Ahli2 Sa iaitu Zul, Keyrulhazman, Mail dan Piee mula bergerak dari Asun menuju ke tasik ini dengan bermotosikal.


Trip kali ini diketuai oleh Maharagu Piee yang mencadangkan lokasi pancingan kali ini... Kami menggunakan umpan dedak rahsia masing-masing yang dibawa dari rumah bagi mengelakkan rahsia umpan terbocor kepada kawan-kawan yang lain... hahhahahahaha !!!!!
Kami menggunakan umpan dedak yang digumpal pada spring bom mengikut citarasa masing-masing.



Setelah agak lama memancing, umpan resepi rahsia bro keyrul telah berjaya menambat hati ikan pucuk pisang bersaiz tapak tangan untuk menjamahnya... ikan pucuk pisang di sini agak besar berbanding yang biasa didapati di sungai... mungkin tekanan penangkapan yang rendah menaikkan bilangan dan tumbesaran ikan di sini... Tiada spesis rohu yang berjaya dinaikkan walaupun kelibatnya melibas air sering kelihatan.



Setelah agak lama menunggu dan tiada ragutan ikan, bro Zul Xjio dan semail TA menyelongkar sekitar kawasan paya untuk mencari sekiranya terdapat lubuk-lubuk spesies channa/snakehead di sekitar kawasan ini.. Rupa-rupanya di belakang kami terdapt satu paya yang nampaknya seperti telah diteroka.. Dengan berbekalkan katak yang dibawa maharagu Piee , mereka memulakan acara baling dan karau katak dan berjaya mendaratkan 3 ekor haruan bersaiz rumaja..



Kira-jam 4 petang dan setelah masing-masing penat menunggu ragutan yang semakin kurang, kami pun beredar pulang dengan hasil yang kurang memuaskan... takpelah, kami akan datang semula menduga lubuk ini di lain kali..

No comments: