KENANGAN TASIK DARULAMAN

Sekali lagi trip berbayar atau pertandingan yg disertai oleh geng SA....pada 12/4/2008 bersamaan sabtu yg cerah lagi panas di tengahari... bertempat di Taman Tema Tasik Darul Aman iaitu pertandingan memancing anjuran Bank Rakyat -Joran 2008.

SA iaitu Maharagu Pie, Toman Aloq, Keyrulhazman, Xjio, Kron Kakipau dan Jat Ranggi telah sebulat suara ingin beradu nasib...masing2 mengejar 15k yg diidam-idamkan...cuma Semail aka Toman/Tarpon Aloq saja yang tidak menyertai pertandingan, cuma menjadi tukang bagi semangat di sana....




Seawal jam 5.00 pagi kami telah bersama2 menuju tasik DA bagi mencari port yang terbaik walaupun terpaksa solat subuh dia tepian tasik yang indah dan syahdu....


Aku sedang kelam kabut menyiapkan matakail hikmat penjinak keli....

Dengan berumpankan cacing liar yang dikorek dengan kalutnya oleh bro Jat Ranggi pada malam sebelum pertandingan, katak mati simpanan Maharagu Piee dan cengkerik bro Keyrulhazman maka bermulalah sesi pemburuan RM 15000 bagi team Snakehead Angler... masing-masing memasang impian dan angan -angan sekiranya menjadi juara pertandingan hingga ada yang meleleh air liur tersengih seorang diri....







Hasilnya 2 ekoq keli dan 1 ekoq selat hasil tangkapan bro Kron Kaki Paw dan Jat Ranggi...tetapi tidak berada dalam ranking....Keyrul pun dapat sekoq ikan keli yang disauk tetapi tidak dihantar ke meja pengadilan kerana takut dihantam pemancing lain... Gambar pun malas nak ambil sebab sudah terasa bahang kekalahan hehehehe... !!!! Walaupun begitu, ikan2 yang termasuk dalam kategori juara telah dinaikkan berhampiran port kami....maka terbuktilah port tersebut menjadi cuma rezeki sahaja tidak berpihak kepada kami...







Pada satu ketika joran maharagu Piee telah diragut seekor ikan besar yang dipercayai spesis bermisai yang dikatakan dapat menggungguli carta RM15 000 tetapi sembatan demi sembatan yang dibuat oleh Zul Xjio dan Kron Kaki Paw gagal menewaskan ikan tersebut setelah ianya tersangkut pada batu/tunggul kayu yang terdapat di dasaran tasik... Maka dengan tangan yang terketar-ketar Maharagu Piee terpaksalah memutuskan tali pancingnya dengan satu sentapan yang membuatkan RM 15k melayang dari fikirannya...



Umpan bulu ayam ciptaan maharagu Piee yang dipercayai membawa malang kepada kami pada hari itu...ditambah pula dengan tulang dugung yang dibawa Jat Kalut sebagai ladung hidup, maka bermulalah episod kumpau yang tidak pernah berlaku kepada Zul Xjio sepanjang kami terlibat dalam sebarang pertandingan memancing.





Walau apa pun yang berlaku, kami happening berkumpul sesama keluarga Snakehead Angler.... Cuba lagi dalam pertandingan memancing seterusnya !!!! Kalah menang adat pertandingan...tapi kalau asyik kalah aje tak jadi jugak.... !!!!
Setelah segala post mortem dibuat bagi mengesan punca kekalahan ,kami bertekad akan datang lagi menduga pertandingan seterusnya walaupun sekadar mendapat hadiah saguhati !!!!!








No comments: